Friday, June 13, 2014

Mesyuarat JK ke 2 & Taklimat peniaga pasar Ramadhan

Selasa, 10.06.14. Mesyuarat JK bermula 3 ptg membincangkan beberapa isu berbangkit. Penyelesaian terbaik telah dicapai.

Jumaat 13.06.14. Taklimat kepada peniaga tapak pasar Ramadhan dihadiri lebih 30 orang peserta. Taklimat disampaikan oleh Ketua aunit UPKKKB.

Friday, March 28, 2014

Mesyuarat Jk Pertama 2014

Jumaat, 28.03.14  - Mesyuarat JK kali pertama telah berlangsung pada tarikh ini dengan kehadiran penuh. Ketua Unit mengucapkan tahniah kepada jk lama yang dilantik semula dan juga kepada yang baru dilantik dalam mesyuarat agung lalu. Mesyuarat membincangkan isu jualan kuih yang tidak mengikut saiz sepatutnya dengan harga dinaikkan. Keputusan mesyuarat kuih dijual pada harga 3@rm1.00 bagi mengekalkan identiti pasar peladang di kalangan warga KKB. Perkara dibincang seterusnya ialah naiktaraf pasar peladang kkb yang bakal menjadi model kepada ppk seluruh negara. Bito peladangnita melaporkan jk telah dibentuk & perancangan aktiviti tahun 2014 spt bengkel jahitan, jualan di tapak pasar dan lawatan ke IKS. Projek kuah rojak peladangnita akan di kaji semula. Ketua Unit turut membentangkan perancangan 2014 untuk memiliki rumah kedai daripada membeli tanah baru untuk diterokai.

Friday, March 7, 2014

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2014

SABTU, 8.03.14  - Mesyuarat Agung Tahunan 2014 telah dilangsungkan di Dewan Merdeka KKB dengan kehadiran melebihi korum yang diperlukan seramai 81 orang. Mesyuarat tahun ini akan diadakan pemilihan jawatankuasa baru untuk sesi 2014-2016.

Tuesday, December 25, 2012

Mesyuarat JK akhir 2012

Rabu, 26.12.12 - Mesyuarat JK kali akhir tahun 2012 berlangsung di Bilik Gerakan Pasar Peladang KKB. Kehadiran JK adalah 100%. Antara yang diputuskan dalam mesyuarat ini...
1. Wakil PPK memaklumkan beberapa perkara termasuk - lawatan ke Vietnam oleh 20 orang peserta pada 29 Nov-2Dis 2012, MOA akan mengadakan majlis bersama rakyat dlm bulan Januari/Feb 2013, Mesy Agung UPK perlu diadakan dalam bulan Mac 2013 dan bayaran dividen mungkin kekal 10%.
2. Peniaga Pasar Peladang seramai 31 orang ahli PPK... bukan ahli PPK 17 orang - hanya 7 orang menjadi ahli peniaga-penaiga kecil - maklumat diperolehi melalui borang kaji selidik yang diedarkan pada sesi taklimat tempoh hari.
3. Kajian turut dibuat oleh Ketua Unit terhadap peniaga makanan yang telah melanggari perjanjian -tidak ada peniaga pada satu-satu masa. Tindakan perlu diambil - selaraskan harga jualan, tetapkan jadual hari berniaga, maklumkan kepada Penyelia Pasar jika ada perubahan.
2. Cadangan lawatan ke Vietnam dalam tahun 2013- meninjau pembangunan pertanian di sana - terbuka kepada semua AJK & pasangan serta peniaga Pasar Peladang.

Friday, December 21, 2012

PERJUMPAAN DENGAN PENIAGA

Ahad,16.12.12 - Satu sesi perjumpaan pihak pengurusan UPK KKB dengan peniaga Pasar Peladang telah diadakan di Tapak Pasar Peladang bermula 11.30 pagi. Ketua Unit UPK KKB Tn Hj Soin telah menyampaikan beberapa amanat penting untuk digunapakai oleh peniaga bagi memantapkan pengurusan tapak pasar peladang tahun 2013. Antara perkara yang ditekankan ialah:
1. Peniaga Tapak Pasar Peladang dimestikan mendaftar semula perniagaan mereka sebelum akhir Disember 2012.
2. Peniaga digesa untuk menjadi ahli Persatuan Peniaga2 Kecil yang memberi banyak faeadah termasuk lindungan insuran dan khairat kematian.
3. Turut ditekankan betapa pentingnya untuk peniaga menjaga kebersihan tapak pasar ini dan urusan penambahbaik atau membaiki kerosakan diserahkan kepada pihak pengurusan. Perkara ini sangat penting demi menjaga imej di mata orang luar.
3. Keharmonian perlu dipelihara kerana peniaga Tapak Pasar Peladang adalah terdiri daripada pelbagai kaum dan tempat mencari rezeki.




Tuesday, July 10, 2012

Taklimat kepada peniaga pasar Ramadhan

Selasa, 10.07.12 - Satu taklimat kepada peniaga pasar ramadhan yang berjaya telah diadakan petang tadi oleh Ketua Unit UPK KKB, Tn Hj Soin bin Hj Harun. Turut hadir ahli jawatankuasa UPK KKB dan wakil daripada PPK Hulu Selangor. Majlis bermula jam 3.30 ptg dan berakhir sebelum 4 ptg. Tiada perkara berbangkit kerana hampir semuanya adalah peniaga-peniaga lama. Turut ditekankan dalam taklimat ini ialah perlunya peniaga menjaga kebersihan pasar peladang sebelum meninggalkan tapak niaga pada setiap malam. Peniaga yang gagal mematuhi syarat ini tidak akan dibenarkan berniaga pada tahun depan.

Tuesday, June 19, 2012

Mesyuarat Bil2/2012



Agenda mesyuarat :
1.       Tapak Pasar Peladang – persediaan membersih tapak peladang.
2.       Kebun getah – dah mula toreh ... diusahakan oleh ahli upkkkb dengan pembahagian 40-60.
3.       Pemohonan tapak sempena bulan Ramadhan
4.       AJK Bertugas Bulan Ramadhan – 6 JK telah bersetuju untuk bagi masa.
5.       Setiap sabtu Hari Tanpa Plastik – denda 20 sen.
6.       Taklimat kepada peniaga pasar peladang – sebelum 13.7.12
7.       Jemputan 16.9.12 – jamuan hari raya di rumah ketua unit